Khamis, 14 Ogos 2014

Selamanya Palestin

Assalamualaikum!

Salam Jumaat penuh baraokah untuk semua. Hari ni saya nak up sikit beberapa highlight kisah Palestine dalam buku ke-2 saya "Dari Seberang"

Saya pun tak perasan sejak bila saya mula ambil berat dengan isu Palestine. Tapi isu-isu perjuangan memang tak pernah lari jauh dalam hidup saya. Sejak form 1, telinga saya mula terbiasa dengan istilah mujahid, mujahidin, syahid, afghanistan, palestine, irak, amerika dan sebagainya. Yelah, tahun 2001 kan tahun dimana WTC kebanggan Amerika runtuh menyembah bumi. Kalau sembang pasal kontroversi kenapa tersembamnya WTC ke tanah mau tak tidur 7 hari 7 malam. So lets leave that issue behind us.

WTC sebelum kejadian 911

Kali ni saya nak highlight sikit beberapa isu Palestine yang saya tuangkan dalam buku dari "Dari Seberang".
Kalau anda berhajat memiliki buku ini, anda boleh order personal dengan saya di page daie2u Hanya RM 15 sahaja.

Kalau anda buka buku ni di bab 1, anda akan temui kisah "Rindu Sang Pejuang". Kisah ni saya tulis sewaktu saya berada di Indonesia. Kisah bagaimana ibu saya yang saya gelar bonda dalam buku, berjuang melaksanakan kerja misi kemanusian. Kerja-kerja misi kemanusian ni memang hobi beliau. Tak terkira berapa banyak dah misi yang beliau buat. Tapi ia bermula pada tahun 2004, dimana waktu tu Acheh dilanda Tsunami hebat. Angka korban tak terkira banyaknya.

Kemusnahan di Acheh akibat Tsunami 2004

Bonda pergi 2 minggu selepas Tsunami. Kata beliau, walaupun pergi 2 munggu selepas Tsunami, mayat-mayat masih bersepah disana-sini. Beliau dan ayahanda saya bersama team berjalan atas mayat! Sesuatu yang tak dapat dielakkan.

Tapi yang ajaib, bau mayatnya tiada. Mungkin dah sebati dengan udara Acheh waktu tu. Sejak Tsunami 2004 tulah bonda makin aktif melaksanakan misi-misi kemanusian dan akhirnya memberikan ilham kepada saya untuk menulis kisah "Rindu Sang Pejuang".

Sebenarnya saya cuba membawa sahabat menghayati bagaimana getirnya perjuangan rakyat Palestin saat terjadinya serangan tahun 2009. Tahun tu dikatakan kanak-kanak Palestine meninggal dunia seramai 3000 orang. Mereka semua penghafal al-Quran! Bayangkan.

Wanita & kanak-kanak perempuan di Palestin sedang belajar al-Quran

Kenapa Israel meletakkan target kepada anak-anak Palestine? Sebab anak-anak inilah yang akan mewarisi perjuangan Slahuddin al-Ayubbi dalam membebaskan al-Aqsa dari cengkaman Zionis. Tak mustahil kalau remaja 12 atau 15 tahun menjadi komanden perangkan? Itulah yang Zionis takutkan.

Wajah yang "ditakuti" oleh Zionis Israel

Jiwa anak-anak Palestine ni kuat, mereka dah terbiasa hidup susah. tiada perkembangan teknologi yang meracuni minda mereka bahkan makan minum mereka juga terhad kepada makanan-makanan yang sangat sehat dan sunnah!

Dalam buku ini saya turut menulis kisah bagaimana cara pemakanan rakyat Palestine yang digelar sebagai "Penduduk Paling Sihat di Dunia". Bayangkan, mereka tiada fastfood. Tiada minuman bergas. Apa yang paling penting mereka bukan sahaja mengamalkan makanan sunnah, malah mereka mengamalkan kehidupan sehat seperti berolahraga dan tidak merokok!

Kehidupan rakyat Palestin tanpa fastfood.

Penduduk Palestin memang hebat! Baru-baru ni, serangan Zionis keatas Ghazzah, Palestine menyebabkan hampir 3000 lagi kanak-kanak menjadi mangsa namun apa yang ajaib, lahir 4000 bayi dalam masa darurat dan genting tersebut! Allahu Akbar... Maha Suci Allah dengan kuasaNya yang tak pernah terjangka dek akal kita.

Ini terbukti, wanita-wanita Palestin sangat-sangat sehat. Mereka subur dan mampu melahirkan anak yang sehat juga. Apakah amalan kehidupan seharian mereka? Mereka mengamalkan makanan seperti minyak/buah zaitun, minum susu kambing, makan kurma, habbatussauda dan buah tin. Makanan-makanan inilah yang menjadikan ibu-ibu di Palestin sentiasa sehat dan mampu melahirkan anak-anak yang luar biasa.

Ibu-ibu di Palestin yang sedang menunggu di salah sebuah klinik di Palestin


Kisah-kisah kehebatan masyarakat Palestin takkan cukup kalau kita nak ceritakan disini sahaja. Perhatikan apa yang menjadi amalan pejuang mereka pula. Seorang pejuang Hamas perlu menghafal al-Quran, Hadis Arbain, tidak merokok dan menjaga amalan fardu dan sunat.

Jika nak dibandingkan masyarakat Palestin dengan kita memang jauh 100%. Tak hairan mengapa Allah uji mereka dengan ujian yang sangat berat yang mungkin kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup di negara aman makmur ini takkan mampu menanggung apa yang rakyat Palestin rasakan. Namun tak salah jika kita mengambil semangat mereka untuk kita berubah menjadi masyarakat yang kuat rohani dan jasmani.

Sebelum saya tinggalkan anda dengan entry kali ini, jom hayati apa yang dikatakan oleh as-syahid Hassal al-Banna ini;




*Tinggalkan komen anda diruangan bawah tentang artikel ini. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan