Khamis, 14 Ogos 2014

Emak-Emak

Kisah 1

"Hebat betul anak si Melah tu ye... Jadi dokter, ada kereta besar, gaji mau empat angka tu..."

Terdengar pebualan ria antara mak cik Eton dan mak cik Bedah.

"Ha'ah lah Eton... Aku tengok Melah tu biasa je orangnya tapi Alhamdulillah anak-anak dia semua menjadi. Huh! Memang sejuklah perut Melah waktu mengandung...

Aku masih menanti mak cik Bedah memasukkan kuih karipap yang aku beli ke dalam plastik. Diangkatnya karipap itu, kemudian diletaknya semula. Geram aku jadinya.

"Mak cik...Meh sini saya isi sendiri karipap tu dalam plastik." Pelawaku sambil menggigil lutut menahan lapar.

Matahari meninggi, dari 45 darjah naik hingga 90 darjah kearah Timur.

Tanganku rancak memasukkan karipap yang dipesan bunda kedalam plastik.

"Ni mak cik... RM 2. Saya beli 6 ketul karipap."

"Ye Hasanah, terima kasih ye..." Mak cik Bedah mengambil huluran not 2 keping RM 1.

"Eh, ini Hasanah anak Melah tu ye! Apa kabar kamu sekarang? Dah habis belajar?" Tiba-tiba mak cik Eton menegur aku yang telah beberapa tapak melangkah meninggalkan warung mak cik Bedah.

"Ye saya... mak cik. Saya baru je habis belajar."

"Ha. Eloklah kalau baru habis belajar tu. Kerja jangan kecik-kecik, kerja beso-beso sikit. Bagi sejuk perut mak ko tu." Celoteh cik Eton.

Makin lambat aku blah makin melalut ke laut cik Eton ni. Akhirnya aku berlalu.

Emak-emak. Tak de point apa pun aku nak tegaskan kat sini, tapi inilah EMAK. Jika kita dah jadi anak maka kita perlu kerja keras untuk menyejukkan perut mereka. Bak kata cik Eton, kerje beso-beso. Tapi yang aku nampak, kerje beso ke, kecik ke, kalau akhlak kosong takde maknanya jugak. Kerje beso tapi jarang balik jumpa mak ayah pun tak gune jugak.

Okey cik Eton, mak cik Bedah. Close cerite.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan