Jumat, 17 Mei 2013

Harapan

Apa yang kite cari di dunia sebenarnya fanaa. A.k.a tidak kekal. kerana itu saat kebahagian ada di tangan kemudiam hilang kita akan rasa sakit.

kebahagian sebenar hanya di akhirat. di surga. kerana ia kekal selamanya. takkan hilang dan takkan pernah habis.

harapan sang pendosa kepada syurgaNya.

Jumat, 29 Maret 2013

Argh!! Stress!!


Siapa tak pernah stress dalam hidupnya? Kebanyakkan manusia pasti pernah mengalaminya. Namun tahukah kita bahawa sebenarnya stress tak pernah wujud tetapi yang ada adalah manusia yang berfikir tentang sesuatu yang menimbulkan tekanan dalam kehidupan mereka!

Huh? Biar betul stress tak ada?

Betul... Sebenarnys stress itu timbul akibat dari diri kita sendiri. Kita yang membiarkan diri kita berfikir tentang perkara yang membebankan.

Dalam Islam ada beberapa cara yang dianjurkan untuk mengelakkan stress atau tekanan ini.

1. Bersangka baik

Bersangka baik dapat mengelakkan prasangka buruk terhadap orang di sekeliling kita. Seringkali prasangka buruk membuatkan kita tertekan dan akhirnya memporak perandakan hubungan. Entah betul atau tidak sebenarnya apa yang kita sangkakan itu. Kadang-kadang kita seringkali membuat tuduhan melulu tanpa mencari tahu kebenarannya yang sebenarnya.

Bersangka baiklah, kerana sangka baik juga merupakan doa kita buat manusia yang kita sangkakan itu.

2. Berzikir

Dalam apa jua pun keadaan, berdiri, duduk, baring kita perlulah sentiasa berzikir. Zikir mengingati Allah akan menghindarkan minda atau fikiran kita dari bersangka buruk.

3. Solat

Solat adalah cara terbaik untuk membersihkan minda kita. Saat kita 100% dalam keadaan fokus untuk Allah, maka kita akan meninggalkan perkara dunia diluar solat. Inilah waktu terbaik untuk kita memohon dan meminta agar sentiasa dalam keadaan berbaik sangka kepada semua orang.

4. Membaca al-Quran

Al-Quran merupakan wahyu yang di dalamnya terkandung hukum, peringatan dan kisah-kisah yang mampu memberi teladan bagi manusia. Mungkin perkara yang ingin saya katakan ini tidak dapat diulas secara saintifik tetapi dengan menatap huruf-huruf di dalam al-Quran pun dapat memberi ketenangan kepada kita apalagi jika kita membaca dan menghafalnya.

Sebenarnya masih banyak cara untuk kita tangani atau atasi stress. Antaranya adalah beriadah, bersilaturahim sesama saudara, menuntut ilmu, sentiasa berada dalam lingkungan positif dan 1001 macam cara lagi.

Perhatikanlah apa yang kita cakap, fikir dan sangkakan dalam hati kerana ia merupakan doa. Bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah SWT juga mengikut prasangka hamba-hambaNya. 

Sabtu, 09 Maret 2013

Mukhlis

"Menjadi mukhlis makan masa berzaman, yang penting azam dan usaha. Biar manusia tak nampak tapi Tuhan pasti tahu."

Muklis: Orang yang ikhlas

Menulis Impian


Impian merupakan cita-cita yang pasti ada dalam diri setiap insan.

Ada manusia yang mengimpikan rumah besar, kereta mewah. gadget canggih, isteri cantik, suami kaya dan sebagainya.

Bagi seorang mukmin, impian kita akan pergi lebih jauh dan dalam iaitu meraih cinta dan redha Allah. Bahkan, tiada mahligai yang menjadi impian selain mahligai di jannatul firdaus.

Saya pernah membaca sebuah karya tulisan Oki Setiana Dewi aka Anna Althaffunnisa pelakon Ketika Cinta Bertasbih. Buku beliau yang bertajuk 'Melukis Pelangi' banyak memberi cahaya pelangi kepada orang yang membacanya.

Diantara perkara yang diajarkan oleh Oki di dalam bukunya 'Melukis Pelangi' adalah, impian atau cita-cita perlu ditulis kerana impian yang ditulis akan menguatkan lagi jiwa kita untuk menggapainya.

Antara impian yang telah dicapai oleh Oki adalah untuk menjadi seorang pelakon terkenal dan memenangi anugerah (award). Akhirnya, impian beliau tercapai.

Kita perlu belajar untuk tidak ragu-ragu menulis impian dan berusaha menggapainya. Entah esok, lusa atau beberapa tahun lagi impian kita akan tercapai. Yang penting adalah tulis! ya, tulislah impianmu kerana Allah tidak pernah jemu menjawab doa dan mengkabulkan permintaan hamba-Nya. :) 

Senin, 18 Februari 2013

Kitar Semula

Waktu itu usia saya 4 tahun.

Sambil merenung jauh ke tengah paya di depan rumah tok dan bermonolog...

"Siapa ya yang jadikan aku..."

Saya masih ingat waktu itu saya banyak menonton televisyen kerana kawan tak ramai di kampung. Saya suka menonton rancangan TV 1 & 2, ada iklan tentang kitar semula.

"Apakah aku dijadikan dari bahan kitar semula? Dari kertas, plastik dan botol kemudian dimasukkan kedalam mesin kamudian keluar seorang bayi?"

Monolog anak kecil berusia 4 tahun.


Kamis, 14 Februari 2013

Dimensi Pengembara


Pengembaraan musafir akan terus berlangsung. 

Sejenak berhenti menunggu badai gurun berhenti.

Kini kembali mengembara, merentasi alam, bermuhasabah membetulkan diri, terus berbakti pada tanah dan mengabdi pada Tuhan.