Khamis, 14 Ogos 2014

Pecel Tahu Tempe

Assalamualaikum!

Puas menyedut kembali segala idea dan pengalaman untuk ditaburkan dalam blog ni. Insya Allah saya akan kembali aktif berblog. Sebenarnya ramai orang bagi cadangan pada saya untuk serius berblog. Salah seorangnya adalah arwah pak cik yang meninggal tahun lepas -- kalau tak salah.

Beliau seorang tentera namun ditakdirkan Allah meninggal dalam usia yang agak muda, pada usia 40-an. Sebelum beliau meninggal, waktu tu beliau baru keluar dari hospital sebab terkena penyakit ketika melaksanakan tugas. Beliau bertanya pada saya, "Apa kerja inah nak buat sekarang?" Saya jawablah, "Kerja sendiri." Tanpa spesifikkan apa kerja saya waktu itu. Lepas tu beliau cakap, "Jadi bloggerlah, menulis. orang suka baca."

Waktu tu saya tak menanggap serius apa yang pak cik saya katakan, tapi setelah buku kedua terbit dan kini saya mendapat peluang untuk lebih tumpu dengan kerjaya sendiri, akhirnya saya mengambil keputusan untuk aktif blogging.

Sebenarnya banyak pengalaman yang boleh kita tuliskan dan kongsikan dengan orang lain. Sebagai bekas pelajar yang pernah belajar luar negara, 1001 pengalaman dan kisah yang mencuit hati yang ingin saya kongsikan.

----
Panjang pula intronya ya. Okey, kembali pada tajuk. Semalam si Awang (adik no. 4) datang ofis. Dah macam YB datang melawat kawasan dah dia ni. Datang-datang minta buku saya "Dari Seberang". Dia belek-belek dan baca sekali imbas. Dia tanya saya, "Ada tulis tak kisah kita makan pecel tahu tempe tak?"

Aduhai. Terus terkenang. Korang tahu pecel tempe tu macam mana? Macam ni rupanya.

Macam nilah rupanya. Sambal yang diulik dengan penggiling + tahu dan tempe goreng

4 tahun yang lalu, pecel ni harganya 5,000 rupiah. Belum tambah nasi ya. Kalau tambah nasi jadi 6,000 rupiah. Boleh dikatakan makanan ketika darurat la. Tapi darurat-darurat pun sodap yo. Makan tak nampak dah orang kiri-kanan.

Kalau nak WOW sikit tambah telur goreng. Kalau dah tambah telur goreng tu dah kira mewah la. Dulu kami 3 beradik (sebelum si Abot datang) makan pecel tahu tempe ni lah hari-hari. 

Selalunya Pecel Tahu Tempe menjadi makan malam kami. Bukan buat sendiri, tapi beli di warung dekat rumah. Kadang-kadang beli 2 bungkus kongsi bertiga, kadang-kadang beli 3 bungkus, maksudnya sorang satulah. Pernah jugak kalau tengah tamak haloba datang beli sorang dua.

Nampak menu simplekan? Tapi rasa tempe buatan asli Indonesia ni memang lainlah dengan tempe Malaysia. Mungkin sebab air tangan orang yang membuatnya atau air basuhan tempe tu kot. Hehe. 

Walaupun dijual diwarung tepi jalan, Alhamdulillah setakat ni kami adik-beradik tak pernah mengalami keracunan makanan. Tapi kalau nak cerita bab makan, macam-macamlah pengalamannya. 

Untung sebenarnya jadi pelajar luar negara ni, sebab selalu kedutaan buat makan-makan jugak. Bukan selamanya makan makanan rakyat marheain. :) *nanti kite tulis pasal ni ye*

Ni, alang-alang dah tulis pasal makan ni, saya nak bagi sikit tips makan di warung/lesehan/warteg Indonesia;

Tips makan di warung/lesehan/warteg Indonesia

1. Kalau anda memang seorang penikmat makanan tegar, anda pasti tak kesah dengan suasananya. Biasanya warungnya agak kecil dan sudah tentu sentiasa ramai orang yang datang. Tapi jika anda berduit, ada juga warung-warung yang grand yang sesuai dengan poket anda. 

Salah satu rupa warung makan di Indonesia. Ini yang biasa-biasa.

Nak yang grand? Macam ni pun adoooo.

2. Berani mencuba. Pengalaman saya makan di warung/lesehan/warteg biasa pelbagai. Pertama kali saya makan usus ayam di Indonesia! Haha, mula-mula saya ingat saya ambil tangan sotong, rasanya juga seperti sotong, tapi setelah kawan saya bagi tau baru saya tahu yang saya makan itu adalah usus ayam! Pegh... berani tak korang nak try? 

Gambar sate usus ayam ni terlalu menawan. haha. Makan dengan bubur sedap ni. ;)
Fuh. Kalau bab kuliner di Indonesia ni banyak sangat ceritanya, kalau tulis dalam satu entry tak best lah pulak kan. Insya Allah saya continue dalam next entry okey. Maaflah sebab gambar-gambar semua sumber internet. Dah 4 tahun habis belajar, gambar-gambar koleksi peribadi tah kemana. 

So, jangan segan-segan komen ya. Saya nak tahu feedback korang tentang entry ni! ^_^ Ma'as salamah! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan