Khamis, 14 Ogos 2014

Mr. House Training

"Kring... Kring..."

Telefon bimbit saya berbunyi ala telefon jadul. (baca: lama)

"Macam mana keadaan rumah hari ni? Dah duduk kat rumah tu pastikan semua orang selesa. Buat sampai semua orang rindu nak balik rumah dan tak teringin nak duduk luar lama-lama."

Perbualan berlangsung hampir 15 menit.

"Ya.. ya... Saya sedang berusaha untuk membuat semua orang selesa di rumah."

"Jangan biarkan orang rasa awak duduk di rumah tu buat kerja sia-sia. Every single thing, every detail, make it clean."

Terpana.

"Hehehe..." Saya ketawa.

"Kenapa ketawa? Saya Serius!"

"Ya... Saya tahu... Apa yang awak sebutkan sudah sering mak saya sebut setiap hari. Jika wanita yang bercakap tentang kebersihan dan keselesaan rumahtangga saya tak pelik... Tapi bila awak bercakap saya rasa lucu... Hehe..."

Saya menyambung, "Jangan risau... semuanya sedang dilaksanakan. Insya Allah tak lama lagi semua orang akan selesa di rumah berbanding di luar."

Saya perlu lebih agresif membentuk 'baiti jannati' mengikut pesan Mr. House Training.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan