Rabu, 20 Ogos 2014

Kuatnya Wanita



Wanita...
Menjadi seorang yang "kuat"
bukan beerti kau perlu menggalas senjata
bukan beerti kau perlu berdiri setaraf lelaki
bukan beerti kau perlu bersuara lantang
bukan beerti kau perlu bersikap kasar
bukan beerti kau perlu menjadi gengster
bukan beerti kau perlu tinggalkan rumahtangga

Tetapi
Menjadi seorang yang "kuat" 
adalah...

Kau perlu tabah ketika ujian datang melanda. 
Kau perlu sedar fitrahmu, mengapa Tuhan menjadikanmu
Kau perlu tahu, letak akal fikiranmu
Kau perlu tahu sopan santun
Kau perlu tahu tempatmu bukan dijalanan
Kau perlu tahu pentingnya menjadi seorang berilmu

Berilmu bukan untuk "mengajar"
menunjukkan diri gah dan hebat
Tetapi mengajar diri untuk bertakwa
Mengajar anak-anakmu dari tangan dan mulutmu sendiri

Tempatmu bukan dijalanan
Dikhalayak ramai yang penuh mata-mata keji
Tanpa menonjolkan diri pun
Kau tetap akan unggul
Dihadapan yang hak memandangmu
--Kau tafsirlah sendiriapa kataku

Sopan santun itu bukan lemah
Tetapi fitrah
Bukan lenggok menggoda
Tapi adab santun yang terjaga

Akal fikiranmu gunakan untuk mengatur dan mengurus 
Kerana akal yang tidak diurus 
Akan semak seperti lalang liar

Fitrahmu, wanita
menjadi tonggak kejayaan perwira
menjadi bahan bakar nyalaan semangat
agar umat ini berjaya

Sekali-kali badai ujian melanda
tabahkan hatimu
meskipun ia rapuh
kutkan dengan solat dan doa
kerana Dia Maha Mendengar

Kuatnya wanita itu, apalah ia menjaga fitrahnya
Jika tidak
masakan tangan yang menghayun buaian, bisa menggoncang dunia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan