Rabu, 25 Jun 2014

Kerana menulis itu jiwaku

Alhamdulillah tsumma alhamdulillah,

The very good news, insyaa Allah kompilasi artikel saya yang pernah terbit di majalah SOLUSI akan dibukukan tak lama lagi.

Tajuknya insyaa Allah "Dari Seberang". Sebenarnya saya cukup gembira dapat terbitkan kompilasi buku ini sebab selepas buku "Nik Nur Madihah; Permata Generasi Rabbani" terbit (hampir  tahun 6 tahun!) saya tak terbitkan apa-apa buku pun dengan nama sendiri. Hanya menumpang nama orang sahaja, akhirnya I'm back!

Melihat sahabat-sahabat penulis kian ramai mewarnai dunia penulisan, diri ini terasa iri. Insyaa Allah iri hati yang baik. Ingin sama-sama berjaya dan memeriahkan dunia penulisan.

Doakan saya agar terbitnya buku ini membawa semangat baru yang membara dalam diri saya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan