Selasa, 31 Disember 2013

Panduan Untuk Bakal Isteri dan Isteri Gen Y

ihsan: google

Khas kepada Gen Y yang telah berkahwin,

Panduan ISTERI Gen Y menghormati dan melayani IBU mertua Generasi “Baby boomer”.

Suami Gen Y WAJIB menerangkan secara terperinci aktiviti atau budaya ibunya (ibu mertua kepada isterinya) seharian kepada Isterinya.

Contoh: Kebiasaan ibu bangun sebelum subuh solat dan ke dapur menyiapkan sarapan pagi. Sekitar jam 7 pagi, Ayah dan Mak sarapan bersama. Kemudian Ibu membasuh kain baju. Sementara tunggu Ayah kembali dari pekan, ibu mengemas dalam rumah, menyapu sampah hingga ke halaman. Sekitar jam sebelas pagi, ibu mula memasak untuk makan tengahari. Mereka makan tengahari selepas ayah zohor di Masjid. Petang2 Ayah dan Mak berkebun bunga dan atau menyapu laman rumah. Ibu menyediakan minum petang dan sedikit kudapan selepas mereka berkebun. Biasanya menikmati juadah petang di varenda rumah menghadap ke kebun. Ayah Pulang dari Masjid barulah dinner bersama-sama. Mak dan Ayah bersembang panjang selepas dinner dan kekadang mereka menonton tv bersama. Sebelum masuk tidur, ibu membasuh semua pinggan mangkuk kuali periuk belangan dan dapurnya bersih sebersihnya.

Isteri Gen Y mesti memahami dan mengikuti budaya seharian IBU mertuanya ini. Berdasarkan aktiviti ibu mertuanya ini maka berikut adalah tip untuk menghormati ibu mertuanya.

Jika Isteri Gen Y ini duduk di rumah Ibu mertuanya,

1. Wajib dia bangun awal dan dengar isyarat atau bunyi yang ibu mertuanya telah ada di dapur. Terus ke dapur bersama ibu mertuanya. Tawarkan diri untuk membantu ibu mertua menyediakan sarapan pagi.

2. Waktu yang sama, perhati dan ingatkan kedudukan semua bahan-bahan masakan yang disimpan oleh ibu mertua. Ini memudahkan isteri mengambilnya jika dia memerlukan bahan-bahan itu.

3. Jika isteri Gen Y tadi dapati ada bahan-bahan masakan yang telah habis, bolehlah bisikkan kepada suaminya untuk membeli bahan-bahan itu.

4. Perhatikan cara Ibu Mertua menghidangkan sarapan dan tiru cara itu pada hari-hari berikutnya.

5. Jika isteri Gen Y dapati cara bancuhan makanan atau minuman oleh Ibu Mertuanya itu dia tidak pernah lihat, maka jangan berat mulut untuk meminta ibu mertua mengajarnya. Pelajarilah hingga mahir seperti mana bancuhan ibu mertua itu. Tujuannya agar masakan isteri Gen Y nanti serupa dengan ibunya.

6. Selesai sarapan, Isteri Gen Y lah yang membasuh pinggan mangkuk dan kemaskan meja makan itu. Melainkan dilarang oleh ibu mertua. Sambil ibu mertua membasuh pinggan mangkuk, isteri Gen Y, kembali ke bilik tidurnya, kemas dengan rapi, dan terus ke ruang utama (tetamu) dan kemaskan serta sapu sampah hingga ke halaman. Perhatikan cara ibu mertua mengemas pada hari pertama sahaja. Hari-hari yang berikutnya, isteri Gen Y lah yang membuatkannya.

7. Bantu juga ibu mertua menyediakan makanan untuk makan tengahari di dapur.

8. Isteri Gen Y menyediakan minum dan kudapan petang untuk Ayah dan Ibu mertuanya.

9. Duduk bersembang bersama keluarga selepas makan malam hinggalah ayah dan ibu mertua minta diri untuk berehat.

10. Pastikan Isteri Gen Y yang basuh semua pinggan mangkuk dan mengemas dapur setiap malam.

11. Masa yang sesuai untuk baca email atau pesanan di smartfon, tab atau laptop ialah semasa ibu dan ayah mertua di dalam bilik tidur masing-masing. HARAM menggunakannya semasa sarapan pagi, makan tengahari dan semasa sesi bersembang.

Selamat Mencuba.....

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=414545992009385&set=a.306619649468687.1073741828.306039649526687&type=1&relevant_count=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan