Jumaat, 6 September 2013

Futur Selepas Tamat Belajar

Ramai. Mungkin termasuk saya, yang mengalamai gejala ini. Futur selepas tamat belajar. Gejala yang sangat kritikal dan mengakibatkan kerosakan usus dan limpa. Ops, kerosakan akhlak dan akidah.

Iya, jangan main-main, gejala futur sangat merbahaya. Silap hari bulan, orang yang terkena gejala ini akan hilang identiti diri.

Mana tidaknya. Sewaktu belajar bukan main lagi jaga pergaulan, berkawan sesama jantina sahaja. Jalan tunduk sehingga langgar tiang. Usrah sana-sini. Puasa sunat tak pernah tinggal. Solat sunat jadi kegemaran.

Bila dah habis belajar, tanggal saja jubah konvo. Tanggal juga segala amalan yang dah jadi kebiasaan sewaktu belajar. Alamak! Futurrrrr kitaaaaa... : (

Apa dah jadi? Apakah segala amalan yang kita lakukan sewaktu belajar sekadar 'menagih' kasih Allah agar diberi pointer tinggi sahaja?

Kritikal, gejala ini sangat kritikal. 

Selepas tamat belajar, sahabat-sahabat yang seiring dan sehaluan ditinggalkan, persekitaran yang terdidik kini berganti dengan hiruk-pikuk kerja yang tak sudah-sudah.

Pergaulan semakin terbuka. Kawan makin bertambah, terutama dari kalangan lawan jenis. Innalillah... Maka gejala futur kian membarah.

Mungkin burung pipit ini sedang muhasabah diri dari futur. Ihsan gambar: google.com 

Maka apakah ubat bagi gejala ini? Jika dibiar maka akan menyebabkan 'kematian' hati.

Bagi diri saya pribadi, solusinya adalah, berusaha kekal dalam suasana yang terdidik. Usaha, sebab itu yang Allah s.w.t perintahkan pada kita.

Jangan dibiar futur menjadi parasit dalam diri. Cegah sebelum parah. Mungkin antara tip yang berguna untuk menangkis serangan futur ini adalah;


  • Ingat mati datang bila-bila. Dah ready ke? Dah banyak amal ke? 
  • Sorga target kita. 
  • Dunia hanya sementara. 
Halah, setakat tips comman yang sape-sape pun boleh bagi. Bukan ape, menulis ni tak lain nak ingatkan diri sendiri cuma. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan