Khamis, 26 September 2013

Apa Yang Masuk Ke Mulutmu?

Nowaday, macam-macam gejala dan benda pelik jadikan? Jelas lagi nyata bahawa kiamat makin dekat. Tidak takutkah kita? Sebanyak manakan persiapan kita?

Pernah suatu masa saya terfikir, tak pelik kalau sekarang ni manusia bermacam ragam dan berperangai pelik. Apakah kita peduli apa yang masuk ke dalam mulut kita?

Kalau dahulu kala, anak-anak dijaga makan oleh ibu-ibu mereka. Kini anak-anak bebas makan diluar. Makanlah apa saja. Ini negara Malaysia. Everything is Halaallll. Euh! *sarcasm*

Seram. Macam mana kita nak harapkan generasi Imam syafie tapi kita tidak bertindak sepertimana diri Beliau dididik.

Makanan kemudian bertukar menjadi darah. Darah itulah yang menggerakkan anggota badan kita. Jika kita tidak peduli apa yang kita makan. Main sumbattt sahaja maka jangan pelik kalau perangai kita pun 'main sumbattt' sahaja.

Sedih. Kerana ini adalah kehidupan realiti masyarakat kini. Bila nak berubah? Kita akan berubah jika kita TEGAS ingin berubah. Kalau setakat cakap nak baerubah di mulut maka tinggallah perkataan BERUBAH tu menjadi taik gigi sahaja.

:( Aku pohon. Semoga aku ada kekuatan untuk berubah. Bermula dari diri sendiri. Tapi aku spread apa yang aku fikirkan dalam blog ini supaya korang pun dapat berfikir benda yang sama. Okey. Nak sambung kerja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan