Selasa, 3 Disember 2013

Akhir Zaman



Ini akhir zaman, 
Yang haq dan bathil bercampur,
Yang benar dan palsu terselubung, 
Yang buruk bisa jadi indah. 

Ini dunia akhir zaman. 
Gambarannya sudah jelas. 
Nafsu perut dan kemaluan perkara pertama. 
Hati dan akal no 2. 

Akhir zaman. 
Kebenaran dipihak yang sedikit. 
Tersembunyi seperti bersalah. 
Tertuduh tak dianggap endah. 

Akhir zaman. 
Manusia asal cakap sambil telan ludah. 
Kau cakap benar nanti kau bersalah. 
Kau cakap salah mudah disanjung puja. 

Kita manusia akhir zaman. 
Kata Nabi junjungan kita beruntung kerana beriman, 
Tanpa ada zahirnya Baginda untuk jadikan pedoman. 

Akhir zaman. 
Hanya ada dua pilihan, 
Kau genggam bara apa di tangan
Atau kau hidup di dunia bak kayangan. 

9.33PM_Selasa_Sakinah_Hejab

Tiada ulasan:

Catat Ulasan