Rabu, 15 Jun 2011

Bernaung Di Bawah Satu Institusi

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh!

Kaefahaluk ya ikhwanie wa akhowatie fillah?

Semoga Allah sentiasa memberkati urusan dunia dan akirat kita. Sudahkah anda menyelesaikan solat maghrib dan betadarus al Quran? :) Jika belum maka laksanakanlah. Antara amal yang paling afdhol adalah solat di awal waktu -Imam Bukhari dan solat di akhir waktu adalah tanda-tanda orang munafik! Naudzbulillah...

Ana baru saja pulang di kuliah petang tadi. Menarik pembahasan yang disampaikan oleh Ustaz tentang Fiqh Jinayah. Akhir-akhir ini ana sedar, betapa banyak perbezaan yang terjadi di kalangan pendidik meskipun berada di bawah satu intitusi pendidikan. 

Sewaktu ana belajar fiqh jinayah tadi, ana melihat ada beberapa sahabat yang terkebil-kebil mendengar celoteh dari pensyarah yang agak keluar dari "kotak". Ana? terkebil-kebil juga namun akal ana berputar, dan ana membuat sebuah kesimpulan bahawa, perbezaan yang terjadi kerana ada dikalangan pensyarah yang hadir dari latar belakrang pendidikan yang berbeza. 

Ada seorang pensyarah pernah berkata, sangat mudah hendak mengenali latar belakang pemikiran seorang pensyarah. Jika dia lulusan Mesir (Al Azhar, Cairo, Alexander dan sebagainya) maka pemikirannya cenderung sekuler *Wallahua'lam.... dan jika dia lulusan Madinah dan Mekkah maka pemikirannya cenderung wahabi *Wallahua'lam... 

Bagi ana pula, berada di bawah satu institusi yang bercampur pelbagai aliran pemikiran ini merupakan sebuah hal yang sangat menarik. Di sinilah kita akan mengaut semua ilmu pengetahuan dengan mudah tanpa perlu mengeluarkan duit tiket ke Mesir, Mekkah atau Madinah. Walaupun begitu, ana yakin... berada di negeri-negeri penuh barokah itu lebih bermanfaat dari sekadar mencedok ilmu dari seorang pensyarah. 

Setiap pendidik ini berusaha mempertahankan hujjah masing-masing meskipun jarang sekali yang berkata "Akulah paling benar!" Di sini ana melihat, perbezaan aliran pemikiran tidak lagi menjadi halangan untuk setiap  pendidik untuk duduk bersama dan berbincang. Bahkan ana belum bertemu pensyarah yang akan berkata "Pensyarah A itu sesat! Pensyarah B itu Jumud!" atau sebagainya. 

Di sinilah peluang untuk kita mendapatkan ilmu seluas-luasnya terbuka lebar. Memang Islam pernah mengalami zaman "kebekuan" dalam bidang ilmu suatu ketika dahulu. Namun kini, "kebekuan" tersebut kembali mencair dan kini siapa pun berhak menyatakan hak dan pendapat masing-masing. 

Situasi seperti ini seharusnya disyukuri, kerana kita tidak lagi dibelenggu oleh kebodohan dan kejahilan. Islam telah mengeluarkan umatnya dari kegelapan kepada cahaya, lalu jika kita tidak mengambil kesempatan untuk menjadi seorang mujtahid layak nya Imam Syafie maka siapa lagi yang akan mengembalikan kegemilangan tersebut? 

Ikhwanie wa akhowatie...

Jalan kini terbuka lebar. Kita bukan lagi katak dibawah tempurung melainkan helang di awan nan tinggi. Bebas mencari "anak burung" yang mahu di lahap. Buku-buku kini bukan hanya di kedai buku, malah terdapat pelbagai buku  variasi e-book yang ada di internet. Begitu juga dengan guru dan ulamak. Dengan media video dan blog, video call, Facebook, blog dan sebagainya, kita dengan mudah berkomunikasi dengan mereka. Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan. Perbezaan bukan lagi masalah besar untuk dibahaskan, yang paling utama adalah, bagaimana kita harus bangkit dari kejatuhan Islam setelah runtuhnya khilafah Ustmaniyyah. Seperti yang dikatakan oleh pensyarah saya "Dosa keruntuhan khilafah kini terbeban diatas bahu seluruh umat Islam!" Sudah masanya kita "Talk less and Action More!" Selamat Berjuang!

Maas Salamah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan