Rabu, 6 Julai 2011

Dari Seberang ke Suara Kampus (Sebuah Metamorphosis)

Assalamualaikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah kita bertemu lagi pada bulan syaaban yang mulia ini ^_^. Apa kabar sahabat-sahabat sekalian, semoga antum di rahmati Allah. 

Ana memohon seribu kemaafan sekiranya antum semua tidak bertemu ana dibeberapa keluaran SOLUSI. Inilah hamba yang fakir ini, penuh dengan 1001 kelemahan. Ini murni kelemahan ana dan ana sedang berusaha untuk mengatasi kelemahan ini agar dapat bertemu kalian semua di setiap keluaran. Sudah ana tekadkan dalam hati, inilah dakwah ana, inilah jalan ana untuk menyampaikan kebenaran. Insha Allah dengan izinNya kalian akan bertemu ana pada keluaran akan datang. 

Sahabat, ana ingin mengucapkan sejuta penghargaan kerana terus memberi sokongan dan dukungan. Sesungguhnya doa-doa kalianlah yang membuatkan ana tetap teguh pada jalan ini. 

Mungkin pada awal pertemuan kita, kalian tertanya-tanya, siapakah di balik kolum DARI SEBERANG? ^_^ Maka, inilah  dia si fakir di balik kolum dari seberang. Dari seberang merupakan kumpulan artikel ana ketika berada di Indonesia, bermula dengan RINDU SANG PEJUANG yang awalnya di terbitkan dalam laman sesawang ILUVISLAM, akhirnya cerpen yang sama diterbitkan ulang didalam solusi edisi 6. Alhamdulillah, itulah langkah permulaan ana mencipta tapak di medan penulisan. 

Setelah hampir setahun ana menulis akhirnya "dari seberang" berganti nama menjadi SUARA KAMPUS. Ada sahabat-sahabat yang bertanya, kenapa tiba-tiba bertukar nama? Jawapannya adalah, kerana ana tidak lagi di Indonesia melainkan sudah bermastautin kembali di tanah air tercinta pada awal tahun 2010. 

Ternyata setelah berganti nama, perjuangan ana untuk menyampaikan dakwah sesuai dengan sekmen yang diberikan agak sulit. Ada sebahagian artikel suara kampus masih berbau dari seberang. Al maklumlah, sukar menukar kata-kata yang telah digunakan sehari-harian. 

Bahkan ana ketandusan idea, dan ana akui, inilah penyakit seorang penulis newbie seperti ana. Namun berkat dorongan dari keluarga dan team solusi, ana berjaya mengeluarkan artikel setiap bulan. walaupun kadang-kadang dalam keadaan "terpaksa memerah idea" :D hehe... 

Ana bersyukur kerana dikelilingi oleh penulis-penulis senior yang hebat-hebat belaka. Ana terharu kerana Allah memberikan kesempatan yang tidak dimiliki oleh semua orang. 

Kini, setelah terhenti selama beberapa edisi, insha Allah ana bertekad untuk menghasilkan sesuatu yang lebih fresh untuk SUARA KAMPUS. Semoga, perjuangan melalui tinta ini takkan berakhir di sini. Semoga Allah membalas kebaikan sahabat-sahabat semua. ^_^ Mari kita lahirkan muslim-muslim yang produktif dunia dan akhirat. Akhirul Kalam, sampai bertemu di entry selanjutnya! biiznillah!

Maas Salamah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan