Kata Ibnu Jauzi “Bukankah Rasul pun perlu mengucapkan, “Siapa yang mahu melindungiku? Siapa yang mahu menolongku?”
Bukankah
Baginda perlu memasuki kota Mekah ditemani seorang Kafir, bukankah Baginda
menyarungkan senjata dan menyimpannya di pinggang? Bukankah sahabat-sahabat
Baginda ramai yang terbunuh? Bukankah baginda disusahkan oleh mereka yang baru
saja memeluk Islam? Bukankah Baginda pernah merasakan kelaparan tetapi baginda
tetap teguh dan tidak mengeluh.
Bagindajuga
pernah merasakan pedihnya kelaparan sehingga sebongkah batu diambil dan diikat
ke perut baginda. Padahal Allah SWT yang memiliki pintu-pintu langit dan bumi.
Seberapa besar derita kita? |
Bukankah
sahabat-sahabat Baginda terbunuh, wajah Baginda terluka, gigi depan Baginda
pecah, bapak saudara Baginda dicincang dan Baginda diam? Lalu Baginda diberi
rezeki; hadirnya seorang anak lelaki namun tidak lama kemudia anak kesayangan
itu meninggal. Kemudian Baginda terhibur dengan kehadiran Hassan dan Husain
namun Baginda segera dikhabarkan apa yang akan terjadi kepada keduanya kelak.
Baginda
sangat menyayangi Aisyah, namun digoncang dengan tuduhan zina.
Baginda berusaha menampakkan mukjizat namun dihalang oleh Musailamah. Al Insiy dan Ibnu Shayyad.
Jibril yang sangat dipercayai datang kepada Bginda namun kaum Quraisy menuduh
Baginda sebagai tukang sihir yang pendusta. Lalu Baginda diberikan rasa sakit
seperti yang ditanggung oleh dua orang namun Baginda tetap diam dan tenang.
Lalu kematian pun datang, roh Baginda yang mulia diangkat. Sementara raga
terbujur di atas kain using dan kasar. Keluarga Baginda tidak memiliki minyak
untuk menyalakan pelita walau hanya untuk malam itu….
Dipetik dari buku: Kepada Aktivis Muslim karya Dr. Najih Ibrahim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan