Sabtu, 15 September 2012

Wasiat Penting dalam Novel MARIA

Saya jarang membaca sesebuah novel sehingga selesai. Kadang-kadang, saya akan membacanya 'melompat-lompat' dari satu paragraf ke paragraf yang lain.

Novel bermanfaat dan bergizi tinggi. 

Namun ketika saya membaca novel yang berjudul MARIA, saya membacanya dengan penuh ketekunan sehingga tiada satu paragraf pun saya tinggalkan. Novel ini ditulis oleh seorang penulis terkemuka di Turki. Beliau bernama Emine atau Aminah Uzan Syenlikoghu.

Saya ingin memetik sesuatu yang menarik yang saya rasa perlu dikongsi bersama sahabat-sahabat semua. Novel ini berkisar tentang MARIA seorang gadis jerman bermazhab Katolik. Pertemuannya dengan pemuda Mesir telah membuka episod pergelutan tiga penjuru, Islam-Kristian-Ateis.

Secara murni, novel ini adalah novel cinta dan juga teologi, novel yang agak berat untuk dibaca. Namun sesuatu yang 'sulit' pasti mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding yang 'mudah'.

Dihujung pembacaan saya menemukan wasiat penting yang perlu saya dan sahabat semua amalkan bersama, ia adalah;

*Elakkan daripada menyesal apabila ditimpa sebarang seksaan dan kezaliman kerana kita memilih Islam. Jika kita menyesal, segeralah beristighfar dan taubat kepada Allah.

*Jangan memusuhi atau mengenepikan mana-mana golongan atau mazhab yang ada kerana kewujudannya disebabkan perselisihan dalam mentakwil atau mentafsir. (Apa yang ingin ditekan dalam poin ini adalah supaya jangan taksub)

*Jangan bercakap tentang perkara yang kita tidak tahu. 

*Sentiasa membaca mana-mana buku agama sekurang-kurangnya dua jam sehari. Jadikan ia sebagai amalan rutin. Ringkaskan dalam nota mana-mana bahagian yang dikira penting. 

*Melatih diri dalam menzahirkan syiar Islam walaupun ia bukan daripada hati yang ikhlas. (Kalau belum bertudung maka segerlah bertudung walaupun anda merasa tidak ikhlas.)

*Jangan leka daripada berzikir. Sentiasa ingat apa yang diperintahkan oleh Allah. Jika leka, kamu terjerumus ke dalam jurang samar. Natijahnya kamu tidak mampu mengawal dirimu. 

*Sentiasa ingat, dunia ini tidak kekal, yang kekal adalah alam akhirat. 

*Jika kita tmendapati satu-satu ayat al-Quran yang susah difahami, ketahuilah mungkin kerana kita tidak mengetahui jalan lain bagi memahami ayat itu. Jangan lupa, satu-satu ayat dilihat dan diteliti daripada tiga empat jalan atau cara yang berbeza. 

*Ketahuilah, para sahabat nabi tidur awal dan bangun juga awal. Mereka yang tidak mengamalkan sunnag nabi akan tidur lewat dan bangun lewat.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan