Ahad, 1 Julai 2012

Pesta Buku Selangor 2012: Siri 1

Alhamdulillah, saya diizinkan Allah SWT untuk berada di Pesta Buku Selangor 2012 bersama team Majalah Fardu Ain dan Majalah UOK? (Majalah Komik Dakwah Terkini). 

Selama dua hari menjaga booth Kalimat Cinta Sdn. Bhd (P33), saya berjaya memancing beberapa buah buku dan CD. ^__^ 
Album Maher Zain, Forgive Me. Boleh dapatkan di Booth In-Team Record. 

Album Gema Palestin. Boleh dapatkan di Booth In-Team Record juga. 

Buku Travelog Air Mata Syria. Buku yang dicari-cari untuk jadi "pembimbing" saya menulis  wajah-wajah Syria. Insya Allah. Boleh dapatkan di booth Jundi Resources. 

Buku Naskah Cinta Buat Nusaibah. ^___^ Saya sukaaa nama Nusaibah. Buku ini berkisah tentang perjuangan. Travelog Dakwah dari Ustaz Riduan Mohamad Nor. Juga boleh dapatkan di Booth Jundi Resources.
Aiyaaakk. Ini anak saya. hehe Takkk... Ini budak cute yang saya jumpa dalam FB. ^___^ Semangat adik ni. Sesemangat saya! 
 Banyak lagi buku-buku bermanfaat yang anda boleh dapatkan di Pesta Buku Selangor. Yang penting... Temui kami Team Fardu Ain dan UOK di Booth P33! ^___^ 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan