Setiap hari, pasti ada hati yang terluka. Entah oleh saudara, sahabat, rakan-taulan atau siapa saja. Hati yang terluka ibarat luka yang terhiris dikulit, walaupun ia akan sembuh namun parutnya pasti akan berbekas.
Tiada manusia yang meminta perasaan dan hatinya dilukai. Namun adat hidup di dunia, setiap gembira pasti ada duka. Sebalik senyuman, pasti ada tangisan dan di sebalik kegembiraan pasti ada yang terluka.
Semua manusia berusaha untuk menghindari perasaan terluka. Namun pasti, semua pernah merasainya. Ubat bagi manusia yang terluka ini hanya satu iaitu, memaafkan. Maafkan orang yang melukaimu.
Kata "maaf" lebih mahal dari emas dan permata. Kerana nilai sebuah kemaafan itu mahal maka tidak semua manusia mampu memberinya. Hanya yang berhati "dermawan" mampu untuk memberika maaf kepada insan yang telah melukai hatinya.
Dalam keadaan tertentu, orang yang terluka seringkali berusaha untuk membela dirinya sehingga orang lain melihat dirinya seperti manusia yang bersalah, sedangkan dia hanya berusaha membela diri. Oleh itu, ada baiknya jika sudah dilukai kita diam dan tersenyum kerana disebalik diam dan senyuman itu kita telah menjadi manusia mulia dengan menghindari pergaduhan dan pertelingkahan.
Setelah terluka dan memaafkan maka ubatlah hati dengan kalamullah (al-Quran). Sesungguhnya, firman-Nya lebih baik dari kata-kata sejuta manusia sekalipun. Mengadulah pada Dia, mintalah padanya supaya diberi hati yang kuat, tabah dan sabar. Jika kita tahu bahawa hadiah yang paling indah itu maaf, maka ramailah manusia yang berebut-rebut untuk memberinya...

Ubat bagi manusia yang terluka ini hanya satu iaitu, memaafkan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan