Sabtu, 19 Mei 2012

Hari Ibu dan Hari Guru; 1001 Peringatan.

Alhamdulillah, akhirnya saya diberi kesempatan untuk terus berceloteh dengan sahabat-sahabat sekalian. Bagaimana keadaan sahabat semua beberapa waktu terakhir ini? Sihat? sakit? gembira? suka? Yang penting adalah semoga kita semua berada dalam keredaan Allah SWT semata. Insya Allah.

Nayzak's DeviantART Cartoon


Hari Ibu dan Hari Guru; Kontroversi Halal dan Haramnya. 

Dulu, waktu zaman internet belum terkenal, belum ada facebook, twitter dan sebagainya. Kita jarang mendengar berita yang "aneh" dan "pelik" kan? Apa yang kita tau, kita jalani hari seperti biasa. Bila sampai waktu ke sekolah, kita ke sekolah. Bila sampai waktu pergi mengaji, kita mengaji. Bila sampai waktu hari raya, kita beraya sakan. Bila sampai sambutan hari-hari perayaan, kita pun sakan menyambutnya.

Huf, gurulah yang paling gembira bila tiba hari guru.

Begitu juga ibu, waktu seperti inilah nak dengar anak ucapkan penghargaan buat diri mereka.

Namun, bila masuk era internet, sejak FB menjadi terkenal. Mulalah tersebar pelbagai kabar angin dan berita. Dulu tiada pun yang nak bercerita tentang halal haramnya sesuatu sambutan. Kini, ekses ke dunia tanpa sempadan dihujung jari.

Dulu. Kita tak tahu pun sejarah perayaan-peayaan yang kita sambut. Yang kita tahu, sambut je sebab orang lain sambut. Ye tak?

Haa.. Ni saya nak sharekan bersama sahabat semua "kontroversi" yang melanda tentang sambutan hari ibu. Ini ilmu, ini perbezaan pendapat, ini bukan hal yang qath'ie jadi berlapang dadalah menerima perbezaan.

 Mother’s Day menurut Wikipedia :

“One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”

Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya?

Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa.

Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
[Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24]


Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”

sekian..-Via Ustaz Azhar Idrus (Original)

Boleh sahabat semua berlapang dada menerima info ini? Insya Allah bolehkan.. :)

Di era ustaz dan ustazah cyber ini, maka fatwa dan hukum menjadi sangat mudah dikeluarkan.

Namun, kita selaku insan yang berilmu, perlu mengamalkan sebuah sikap dalam menerima sesebuah info/ilmu di dunia maya. Sikap itu adalah HATI-HATI. 

Sikap hati-hati ini merupakan amalan para ulamak. Mereka sangat takut dan sangat berhati-hati mengeluar fatwa dan pendapat kerana mereka tahu, setiap apa yang mereka katakan akan menjadi ikutan oleh masyarakat awam.

Begitu juga dengan kontroversi hari guru. Saya tak sempat menyimpan info yang bertebaran di FB baru-baru ini namun apa yang saya ingat adalah, ada yang menyampaikan bahawa GURU berasal dari perkataan sanskrit. Berikut merupakan petikan dari wikipedia;

Dalam agama Hindu, guru merupakan simbol bagi suatu tempat suci yang berisi ilmu (vidya) dan juga pembagi ilmu. Seorang guru adalah pemandu spiritual/kejiwaan murid-muridnya.

Dalam agama Buddha, guru adalah orang yang memandu muridnya dalam jalan menuju kebenaran. Murid seorang guru memandang gurunya sebagai jelmaan Buddha atau Bodhisattva.

Dalam agama Sikh, guru mempunyai makna yang mirip dengan agama Hindu dan Buddha, namun posisinya lebih penting lagi, karena salah satu inti ajaran agama Sikh adalah kepercayaan terhadap ajaran Sepuluh Guru Sikh. Hanya ada sepuluh Guru dalam agama Sikh, dan Guru pertama, Guru Nanak Dev, adalah pendiri agama ini.

Orang India, China, Mesir, dan Israel menerima pengajaran dari guru yang merupakan seorang imam atau nabi. Oleh sebab itu seorang guru sangat dihormati dan terkenal di masyarakat serta menganggap guru sebagai pembimbing untuk mendapat keselamatan dan dihormati bahkan lebih dari orang tua mereka.

Kontroversi demi kontroversi, info dan input berselirat di minda. Bagaimana masyarakat yang AWAM yang baru membaca hal-hal seperti ini dapat menerima perkara yang telah mereka rayakan sekian banyak tahunnya?

Mengakhiri celoteh saya petang ini, saya teringat hadis pertama dari kitab hadis arbain mengenai niat;

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya."
Hadis Sahih Bukhari dan Muslim
Niat adalah hal yang utama dalam perbuatan kita. Bahkan niat menetukan ikhlas atau tidak ibadah seseorang. Saya memang bukan seorang fuqaha untuk menentukan sesebuah hukum, namun berhadapan dengan kehidupan akhir zaman ini, tidak dapat tidak kita perlu bermujahadah dengan lebih keras lagi.

Meraikan orang yang kita cintai dengan syarat hanya untuk mengenang jasa mereka adalah baik. Maka tidak salah kita mengenang dan meraya ibu dan guru kita, bahkan ayah sekalipun. Namun, ada baiknya jika cinta dan penghargaan kita buat mereka tidak "diharikan" dan tidak "ditarikh"kan. 

Mari kita ambil sikap Rasulullah dalam mengenang dan menyayangi orang-orang disekitar baginda setiap hari.
Nayzak's deviantART cartoon

Mari kita amalkan juga sikap para ulamak dalam mengutarakan pendapat iaitu sikap berHATI-HATI. Semoga mujahadah kita berterusan.

Buat para ibu dan guru, dikesempatan ini saya ingin menarikan sebuah puisi khas buat kalian dari keyboard celoteh daie;

"Biar cinta tidak bertarikh..
tidak berhari...
Cinta kita selamanya...
Pendidik dan ibu..."

Ummu Sakinah Muhammad aka Celoteh Daie
Sabtu
6.20 PM 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan