Selasa, 16 Ogos 2011

Troublemaker. I'm not

Assalamualaikum sahabat.

^_^ Salam Nuzul Quran. Salam Badar al Kubro. Aik. Kenapa sampai dua? Sahabat-sahabat sekalian, sebenarnya mengikut tarikh atau sirah nabawiyah, 17 Ramadan merupakan tarik berlakunya peperangan Badar. Semangat mujahid-mujahid peperangan Badar inilah seharusnya kita kenang dan kita jadikan iktibar. 

Bagi nuzul quran pula, ianya terjadi pada malam lailatul qadar. Ada sebahagian ulama berpendapat al Quran turun pada malam 23, 25 atau 27 Ramadan kerana malam-malam ganjil tersebutlah kemungkinan besar terjadinya malam lailatul qodar.

Oya, berbalik kepada tajuk, Troublemaker. I'M NOT. Hehe. agaknya apa sebenarnya yang saya nak sampaikan? 

Actually, ech ceh ceh. hehe... Setiap manusia mempunyai personality maisng-masing. Ada yang Allah kurniakan dalam hidupnya lancar dari kecil sampai lah tua. Kalau ada masalah pun sikit-sikit dan dapat di selesaikan dengan baik. Tapi sahabat, tahukah kita semua bahawa ada juga manusia yang dari kecil sampailah ke besar, sentiasa ada masalah, dan masalah yang menimpa bukan kecil-kecil... besar PUNYA. hehe

Selalunya, manusia jenis kedua ini akan dipanggil sebagai TROUBLEMAKER. Entah siapalah pencipta perkataan seram ne. Troublemaker atau dalam bahasa ibunda kita, pembuat masalah. 

Ana haqqul yakin, tipe manusia kedua ini sebenarnya tak mahu hidupnya di selubungi masalah. Mereka inginkan kehidupan mereka normal, sempurna dan bahagia seperti orang lain. Namun, dunia tak seindah syurga right? Jika ada yang membuat masalah maka akan ada yang menyelesaikan masalah. Itulah indahnya sunnahtullah. :)

Bila berkata tentang troublemaker ni, ana teringat sebuah cerita omputeh yang bertajuk, Street Fighter: The Legend Of Chun Li. Walaupun wataknya wanita gagah lagi perkasa, namun ada ibrah besar yang dapat dipetik di dalamnya. WARNING: Bagi kaum adam, abaikan untuk menonton kerana si Chun Li memang tidak menutup aurat. Nanti kurus puasa anda. Heee... 

Okey, berbalik kepada kisah tadi, ada sebuah scene dalam filem tersebut yang membuatkan ana berfikir, scene dimana Chun Li berlatih bersama-sama dengan gurunya untuk menyelamatkan ayahnya dari kuasa penjahat dunia. *ayat hyperbola

Awalnya sang guru sering berkata "Apabila kamu pergi, masalah SELALU menyertai kamu..."

Chun Li rasa tercabar dan terus berlatih untuk memantapkan mental dan kung funya. Bila dia bertemu dengan musuh ayahnya buat kali pertama, Chun Li berjaya mengalahkan musuh tersebut... Setelah berjaya gurunya berkata lagi "Apabila kamu pergi, masalah KADANG-KADANG menyertai kamu..." 

Kata-kata sang guru itu bermaksud, pada awal ketika dia mengenali Chun Li, dia melihat sosok yang sering dilanda dan ditimpa masalah sehingga kemanapun dia pergi masalah sering datang padanya. Namun setelah Chun Li berlatih mengawal dan mengontrol emosi dan menguatkan fizikal, akhirnya dia berjaya mengatasi masalah dengan baik. 

Manusia yang berjaya mengawal emosi dan tahu taktik dan strategi akan mudah menang dalam apa jua competition dalam kehidupan. Itu yang dapat ana simpulan. 

Ana tak nak mengulas panjang berkenaan dengan filem ini, namun ana ingin kita sama-sama fikirkan, apakah kita jenis manusia yang sakit mata melihat sang pembuat masalah ini?

Tahukan kita sebenarnya sang pembuat masalah ini SELALU nya mempunyai misson dalam hidupnya yang KADANG-KADANG berbeza dengan manusia lain. Kerana berbezalah maka setiap perbuatan mereka seringkali kelihatan seperti sebuah masalah. 

Hakikatnya, sang troublemaker ini merupakan tipe manusia yang sangat survive dalam hidupnya. Mereka survive untuk memperjuangkan apa saja yang mereka rasakan benar dan yang menjadi matlamat dalam hidup mereka.

Kita sebagai orang mukmin seharusnya membantu mereka dengan saling menasihati bukan menyalahkan atau menghukum kerana tipe manusia sang troublemaker ini sangat mudah diajak berbincang dan hati mereka mudah tersentuh. 

Jadi sahabat-sahabat,

Ana, antum atau antunna mungkin bukan sang troublemaker ini *Jika anda tipe ini, jadikan entry ini sebagai penguat bahawa di dunia ini ada manusia yang care tentang anda* , namun mungkin dikalangan saudara, sahabat atau kenalan kita ada yang tergolong dalam jenis ini. Jadi, bantu mereka untuk jadi manusia hebat kerana pada sebenarnya dalam diri setiap manusia mempunyai potensi untuk menjadi manusia extraordinary. Jangan mudah menyalahkan orang lain apalagi sehingga berani menghukum kerana hak untuk hidup, berjaya ada dalam diri setiap manusia. ;)

Sekian celoteh daie pada hari nuzul quran ini. Apa yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datang dari kelemahan diri ana selaku hambaNya. 

Sharing is caring. Jika anda ingin berjaya dan bahagia, bantu juga sahabat-sahabat lain untuk bahagia.

Illaliqo' Maas salamah. 

P/s: Hayati semangat para MUJAHID-MUJAHID BADAR. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan