Isnin, 15 Ogos 2011

Jom Kita Cuba!

Jom kita cuba!

Dalam blog hari-hari tulis tentang takut kepada Allah, ikuti sunnah Rasulullah, berbakti kepada orang tua, perbaiki hubungan dengan saudara, hormati suami, sayangi isteri, kasihi anak-anak, saling ingat-mengingati tentang kebaikan.

Bila seorang tulis, 2 orang baca, 3 orang sebarkan, 4 orang sampaikan... Wah! tak terhitung kebaikan yang kita sampaikan!

Jom kita cuba!

Dekat status FB kita sampaikan ayat-ayat Allah, hadis-hadis Rasulullah, pesan para ulamak, kisah para anbiya, keberanian para syuhada.

Bila seorang tulis, 2 orang baca, 3 orang sebarkan, 4 orang sampaikan... Wah! tak terhitung kebaikan yang kita sampaikan!

Jom kita cuba!

Dalam blog, kurangkan kisah gosip, kisah tentang diri sendiri yang tidak bermanfaat untuk orang baca, kisah yang tidak bermoral atau tidak berakhlak, kisah keburukan orang lain yang tak mendatangkan iktibar, kisah yang boleh mempengaruhi orang melakukan keburukan atau kejahatan yang sama.


Bila seorang tulis, 2 orang baca, 3 orang sebarkan, 4 orang sampaikan... Wah! tak terhitung kebaikan yang kita sampaikan!

Jom kita cuba!

Letak gambar wanita atau lelaki yang menutup aurat. Perbanyakkan gambar-gambar yang bermanfaat, Letak gambar alam semesta ciptaan Allah.


Bila seorang tulis, 2 orang baca, 3 orang sebarkan, 4 orang sampaikan... Wah! tak terhitung kebaikan yang kita sampaikan!

Jom kita cuba!

Cuba menyebarkan kebaikan, 

Kebaikan yang disebar mendatangkan pahala

Keburukan yang disebar mendatangkan _ _ _ _ :)

Jom kumpul pahala untuk saham akhirat! 

Selamat mencuba sahabat!

Ummu Sakinah Muhammad
6.06 am
16  Ramadan1432
Rindu pada mu ya Habibullah...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan