Rabu, 20 April 2011

Gigihnya Mereka ~Allah Yubarifiekum!

(Jazak, Adnan dan Arifin)


Alhamdulillah, kini masuk bulan ke 4 saya bersama dengan adik-adik Kemboja. Siapa mereka? Sila jejakkan kaki anda ke sini.

Saya akui disini, mereka bukan malaikat bahkan punya perasaan bosan, jenuh, marah dan sedih. Tambahan pula menjejaki usia remaja, ujian yang mereka lalui telah mendewasakan lebih cepat.

Hari ini saya menyempatkan diri untuk mengupdate blog yang telah lama dibiarkan. Saya ingin berkongsi cerita dengan sahabat semua tentang kegigihan syabab-syabab Kemboja ini.

Saat ini, sambil menulis coretan kepada sahabat, saya turut menemani adik-adik ini mengulangkaji pelajaran. Gigih dan sangat bersungguh-sungguh. Saya akui ini bukan pemandangan yang luar biasa namun apa yang menyebabkan saya ingin ceritakan hari ini adalah, menuntut ilmu tak mudah, mencari yang kita inginkan juga tak mudah.

Halaqah Al Quran

Mereka yang dahulunya bersebelas kini tinggal berenam. Pertama, adik kesayangan kami yang paling bungsu, Adnan harus balik ke Kampung halaman kerana alasan tertentu, kini empat orang abang-abang seniornya mengikuti jejak langkah Adnan. Sedih, pilu. Itulah bahasa yang mampu saya terjemahkan namun. Suasana haru seketika, namun 1 jam kemudian, enam sahabat karib yang masih tinggal iaitu Jazak, Farin, Fauzi, Aziz, Arifin dan Solihin meneruskan perjuangan dengan gigih. Malam ini, tiada yang duduk mengenang nasib atau merindui kampung halaman, namun saat ini di tangan-tangan mereka tergenggam kitab hadis, terjemahan Al Quran dan buku akhlak. Subhanallah. Sedikit pun peristiwa sedih itu tidak menggugah hati mereka untuk menuntut ilmu. Malah suasana bertambah akrab, kami saling membantu diantara satu sama lain.

Masih terngiang-ngiang di telinga saya kata-kata Solihin, "...Kak, tak dapat kami bayangkan datang ke sini naik van yang di sini 15 orang! Kami orang susah dan kami akan belajar bersungguh-sungguh!"

Allahu Mustaan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan