Ahad, 7 Julai 2013

Buah Dari Syurga

Kurma. Kalau di Malaysia tak ramai pun yang menggemari buah ini. Mungkin sebab rasanya terlalu manis. Tapi pasaran Kurma di bulan Ramadan tetap melonjak naik dan juragan2 kurma pada bulan Ramadan mampu mengaut keuntungan untuk sara hidup selama setahun pula hasil jualan kurma pada bulan ini.

Tapi, di negara Kemboja, di beberapa buah daerah kampung berpenduduk majoriti Muslim buah ini sangat susah dijumpai bahkan hampor mustahil dijumpai. 

'buah dari syurga' mereka gelarjan buah ini.

Ada diantara mereka mungkin seumur hidup tak pernah merasai manisnya kurma.

Ramadan kali ini saya bersama keluarga dan beberapa orang ahli Persatuan Belia Sri al Ain berkesempatan mempersiapkan hampir 15 buah karton kurma untuk diberikan kepada Muslim di Kemboja. 200 helai telekung dan 300 pasang baju terpakai akan turut diberikan.

Ini semua hasil dari sifat pemurah rakyat Malaysia. Akhirnya penduduk Muslim Kemboja dapat juga merasa buah dari Syurga.

Penerbangan kali ini disponser oleh MAS (Malaysia Airline Sistem). Saya tak dapat nak sebutkan sponser2 yang lain cuma Insya Allah segala amal kebaikan yang dilakukan akan diganjar pahala oleh Allah SWT.

Jika Malaysia meriah dengan juadah bazaar Ramadan, izinkan juga saudara kita di merasakan walau sebutir juadah buah dari syurga ini.

Dari Malaysia untuk Kemboja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan