Khamis, 20 Jun 2013

Seorang Jaga Bertaqwa

Dia bergegas turun dari tingkas atas. Berlari bak suami yang tekejar-kejar menghantar isteri ke hospital bersalin.

Tapi pakaiannya lengkap dari kopiah hingga sepasang baju melayu bewarna pink.

Serentak azan maghrib pun berkumandang.

Setahu saya mereka yang tinggal di tingkat atas kebanyakkannya security guard. Bukannya saya menggatal mengintip tapi setiap hari mereka lalu di hadapan pejabat dengan berpakaian rasmi seorang jaga.

Jaga. Apa bezanya dengan raja di dunia. Jaga akan jadi lebih mulia jika ia bertakwa.

Azan maghrib, pakaian solat, bergegas-gegas. Sangkaan saya hanya satu. Dia ingin segera ke masjid.

Tak peliklah kalau ramai manusia yang tak memandang pangkat dan harta mampu hidup tenang. Kuncinya hanya satu. Taqwa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan