Isnin, 24 Jun 2013

Karangan

Waktu zaman sekolah dulu saya pantang dapat latihan atau kerja rumah yang berbentuk karangan. Bukan nak belagak tapi apa yang boleh saya katakan bahawa saya suka kerja sekolah berbentuk karangan.

Tak kira karangan bahasa melayu atau english. Kecuali arab. Huh. 

Tak pelik kalau saya suka kerja sekolah karangan sebab dalam diri saya pun ada darah keturunan pengarang. Beliau adalah abuya dan mak saya. 

Saya paling susah nak hafal formula. Tapi formula karangan saya paling suka hafal. Macam-macam jenis karangan yang saya buat dan sampai sekarang kerja mengarang masih saya lakukan. 

Tak kemanalah kalau dah suka. 

Tapi ada satu seni dalam dunia penulisan ni yang tak ada dalam diri saya selain mengarang, saya tak pandai mengedit. Adui. 

Tulis lah sampai ke langit, mencecah awan biru, terjun katak ke lautan dalam tapi saya bermasalah dengan 'editing'. Sebuah kelemahan yang sukar diampunkan. 

Meskipun begitu, kerja 'pengarang' ni macam pisau juga, perlu diasah sepanjang masa. Kalau berhenti jawabnya habislah. Nak mulakan semula tu sakit mintak ampun. 

Menulis mungkin bakat dan kelebihan saya tapi kelemahan saya lebih besar dari itu. Saya susah bercakap dan sukar bertutur dengan bahasa yang mudah. Berbelit-belit tapi bukan pembelit ya!

Tengoklah 'post' pendek ni pun boleh jadi artikel panjang berjela kalau saya biarkan tangan memetik keyboard tanpa henti. 

Okeylah, saya hentikan dulu 'taipan' saya sampai sini. Esok ada benda lain pulak nak tulaih. Heh. Bye. Salam.

Eh, saya ada buat bundle book sale. Terjah ya. Murah-murah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan