Sabtu, 9 Mac 2013

Menulis Impian


Impian merupakan cita-cita yang pasti ada dalam diri setiap insan.

Ada manusia yang mengimpikan rumah besar, kereta mewah. gadget canggih, isteri cantik, suami kaya dan sebagainya.

Bagi seorang mukmin, impian kita akan pergi lebih jauh dan dalam iaitu meraih cinta dan redha Allah. Bahkan, tiada mahligai yang menjadi impian selain mahligai di jannatul firdaus.

Saya pernah membaca sebuah karya tulisan Oki Setiana Dewi aka Anna Althaffunnisa pelakon Ketika Cinta Bertasbih. Buku beliau yang bertajuk 'Melukis Pelangi' banyak memberi cahaya pelangi kepada orang yang membacanya.

Diantara perkara yang diajarkan oleh Oki di dalam bukunya 'Melukis Pelangi' adalah, impian atau cita-cita perlu ditulis kerana impian yang ditulis akan menguatkan lagi jiwa kita untuk menggapainya.

Antara impian yang telah dicapai oleh Oki adalah untuk menjadi seorang pelakon terkenal dan memenangi anugerah (award). Akhirnya, impian beliau tercapai.

Kita perlu belajar untuk tidak ragu-ragu menulis impian dan berusaha menggapainya. Entah esok, lusa atau beberapa tahun lagi impian kita akan tercapai. Yang penting adalah tulis! ya, tulislah impianmu kerana Allah tidak pernah jemu menjawab doa dan mengkabulkan permintaan hamba-Nya. :) 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan