Jumaat, 29 Mac 2013

Argh!! Stress!!


Siapa tak pernah stress dalam hidupnya? Kebanyakkan manusia pasti pernah mengalaminya. Namun tahukah kita bahawa sebenarnya stress tak pernah wujud tetapi yang ada adalah manusia yang berfikir tentang sesuatu yang menimbulkan tekanan dalam kehidupan mereka!

Huh? Biar betul stress tak ada?

Betul... Sebenarnys stress itu timbul akibat dari diri kita sendiri. Kita yang membiarkan diri kita berfikir tentang perkara yang membebankan.

Dalam Islam ada beberapa cara yang dianjurkan untuk mengelakkan stress atau tekanan ini.

1. Bersangka baik

Bersangka baik dapat mengelakkan prasangka buruk terhadap orang di sekeliling kita. Seringkali prasangka buruk membuatkan kita tertekan dan akhirnya memporak perandakan hubungan. Entah betul atau tidak sebenarnya apa yang kita sangkakan itu. Kadang-kadang kita seringkali membuat tuduhan melulu tanpa mencari tahu kebenarannya yang sebenarnya.

Bersangka baiklah, kerana sangka baik juga merupakan doa kita buat manusia yang kita sangkakan itu.

2. Berzikir

Dalam apa jua pun keadaan, berdiri, duduk, baring kita perlulah sentiasa berzikir. Zikir mengingati Allah akan menghindarkan minda atau fikiran kita dari bersangka buruk.

3. Solat

Solat adalah cara terbaik untuk membersihkan minda kita. Saat kita 100% dalam keadaan fokus untuk Allah, maka kita akan meninggalkan perkara dunia diluar solat. Inilah waktu terbaik untuk kita memohon dan meminta agar sentiasa dalam keadaan berbaik sangka kepada semua orang.

4. Membaca al-Quran

Al-Quran merupakan wahyu yang di dalamnya terkandung hukum, peringatan dan kisah-kisah yang mampu memberi teladan bagi manusia. Mungkin perkara yang ingin saya katakan ini tidak dapat diulas secara saintifik tetapi dengan menatap huruf-huruf di dalam al-Quran pun dapat memberi ketenangan kepada kita apalagi jika kita membaca dan menghafalnya.

Sebenarnya masih banyak cara untuk kita tangani atau atasi stress. Antaranya adalah beriadah, bersilaturahim sesama saudara, menuntut ilmu, sentiasa berada dalam lingkungan positif dan 1001 macam cara lagi.

Perhatikanlah apa yang kita cakap, fikir dan sangkakan dalam hati kerana ia merupakan doa. Bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah SWT juga mengikut prasangka hamba-hambaNya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan