Jumaat, 11 Januari 2013

Masalah Kebebasan Bersuara

Remaja, usia yang sinonim dengan pemberontakan. Maka tak hairan diusia begini banyak melahirkan pemimpin kerana sejatinya pemimpin pasti akan mempunyai jiwa pemberontak atau rasa ingin melakukan revolusi.

Pemimpin tak suka keadaan yang selesa. Sentiasa mencari masalah untuk lari dari keselesaan. Tapi tabiat pemimpin berjaya pula adalah, pandai mencari masalah dan tahu cara menyelesaikannya.

Jiwa seorang 'rebel' akan sentiasa panas. Hanya beberapa perkara yang dapat menenangkan dia. Maka jika dia berada disebuah tempat dimana dia tidak mampu menyuarakan hak kebebasan bersuara maka tempat tersebut akan menjadi huru-hara.

Jiwa-jiwa pemberontak mungkin akan kelihatan kejam, zalim dan tidak berperi kemanusiaan namun Islam pula telah mengajarkan bagaimana untuk menjadi 'pemberontak sejati'.

Tidak salah menyuarakan pendapat, namun apa yang perlu dipelajari oleh para remaja adalah bagaimana menyuarakan rasa hati dengan cara yang berhemah.

Golongan dewasa pula tidak seharusnya menyekat kebebasan bersuara kerana jika kebebasan ini disekat ia sama seperti mem'bonsai'kan pemimpin. 

Setiap generasi tahu bagaimana ingin menyelesaikan masalah yang ada pada zamannya dan cara penyelesainya masalah tidak akan sama setiap zaman. Umar bin Khattab bahkan pernah berkata, "Didiklah anakmu mengikuti zamannya." 

Terbuka dalam menerima perbezaan pendapat bukan sebuah aib yang menjadi malu malah ia sebuah kebesaran hati dan gambaran luasnya minda manusia tersebut. 

Dalam apa jua masalah menimpa maka cara yang terbaik adalah disuarakan dan lakukan perbincangan. Seperti kata Malique, masuk tempat bawa otak bukan pisau. (note: ia berlaku hanya disituasi tertentu).

...Bersambung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan