Selasa, 17 Julai 2012

Orang Muda, Kita Luar Biasa!

"Izinkan saya menambahkan sedikit tazkirah pagi ini..." Saya mencelah briefing yang dibuat setiap pagi di studio tercinta. Studio UOK?

"Jika kita simak kembali lembar-lembar hidup kita, mengapa Allah SWT tidak (belum) mengizinkan kita berada di barisan frontline untuk face to face memerangi musuh Allah... Maka kita akan bermuhasabah, kerana terlalu banyak hal dalam diri kita yang perlu dibaiki..." Saya mula berceloteh. 3 pasang mata tertumpu kearah saya. Menanti kalimat selanjutnya. 

"Untuk terpilih meraih syahid dijalan Allah kita perlu 'bebas' dari perbuatan dosa dan maksiat... Sedangkan diri kita setiap hari bergelumang dengan maksiatkan?"

"Mereka yang terpilih untuk berperang dimedan perang, dijalan Allah adalah mereka yang mempunyai rohani dan jasmani yang kuat..."

"Pasti sahabat-sahabat kenal siapa Sultan Muhammad al-Fateh bukan?" Mereka mengangguk-ngangguk serentak. Masih fokus untuk mendengar butir bicara selanjutnya. 

"Pasti sahabat-sahabat kenal siapa Sultan Muhammad al-Fateh bukan?"

"Beliau telah di'set' oleh ibu bapanya untuk menjadi pembuka Konstantinopel sejak lahir. Bukan main-main. sejak kandungan lagi dia telah dididik untuk menjadi seorang manusia yang luar biasa. Sehingga usianya mencecah 21 tahun, beliau mampu mengotakan apa yang dikatakan oleh Rasulullah sebagai 'pemimpin yang baik, rakyat yang baik dan tentera yang baik akan membuka kota Konstantinopel'"

"Luar biasa menjadi orang muda. Siapa kata orang muda tak mampu dan tak boleh buat? Sultan Muhammad al-Fateh, seorang anak raja namun diasuh untuk hidup seperti rakyat jelata. Diberi didikan agama yg cukup. Ilmu ketenteraan supaya apa yang diimpikan oleh ayahandanya menjadi kenyataan."

"Yang penting adalah...Kita semua mampu buat Sahabat-sahabatku..." Kata saya menutup tazkirah yang pendek dan pantas itu. 

****
Tazkirah pagi ini agak tergantung. Saya mahu ajak sahabat-sahabat seperjuangan saya berfikir. Menggali dan mencari jalan bagaimana caranya untuk menjadi orang muda luar biasa. 


Calon-calon 'al-Fateh', Insya Allah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan