Jumaat, 13 April 2012

Dari Hujung Jari Seorang Niqabi

Bismillahirohmanirrohim.
Seorang Muslimah di Perancis berjuang mempertahankan niqob atau kain penutup wajah yang dia kenakan. 

Entah kenapa, sehari dua hari ni ramia sungguh yang menulis prihal niqab, akhlak niqabi, pemujaan terhadap niqab dan sebagainya. Ada beberapa peristiwa yang ingin saya rentetkan disini. 

1. Seorang akhwat yang bertanya pendapat saya mengenai niqob. 

Alhamdulillah, ramai kini Muslimah yang cuba mendalami masalah pakaian mereka. Saya cukup bersyukur kerana semakin ramai yang tertarik untuk menutup aurat dengan sempurna bahkan berniat untuk menutup wajah mereka atau berniqab. Saya pernah membaca pendapat seorang ulamak, katanya wajah boleh menjadi sumber fitnah. Kerana dari situlah akan timbul rasa suka (bila ia cantik dan tampan) dan dari situ jugalah akan timbul rasa benci (bila ia huduh dan berwajah biasa-biasa saja). Sedangkan, kita dituntut untuk menilai seseorang itu berdasarkan akhlaknya, bukan rupa parasnya. Wallahua'lam. 

2. Pertandingan Fesyen?

Saya mengikuti perkembangan para sahabat di Facebook dan pada 2 hari yang lalu saya bertemu dengan gambar dengan salah seorang niqabi yang mengikuti pertandingan fesyen. Jika diteliti, tiada yang salah kerana beliau sedikitpun tidak membuka auratnya. Bahkan ditambah pula dengan niqab yang rapi diwajahnya. Namun apabila dilihat pada matanya, beliau mengenakan sedikit solekan tebal dan mengenakan jubah yang berwarna biru menyerlah. Terdetik diminda saya, inikah namanya, sunnah menjadi fitnah? Tak ayal, ramai yang memuji dan memuja namun bukankah Muslimah dilarang bertabarruj, dan mengenakan solekan yang berlebihan dan mengenakan warna yang terlalu cerah juga termasuk dalam golongan tabarruj? 

3. Pemujaan Niqabi.

Niqabi bukan malaikat. Niqabi juga bukan bidadari. Niqabi hanyalah para wanita Muslimah yang cuba memperbaiki diri. Hanya itu! Mereka manusia biasa yang tak perlu dipuja-puja. Bahkan, ketahuilah bahawa sehelai kain yang mereka kenakan di wajah itu tidak lebih hanya untuk membantu diri menjadi lebih baik. itu juga alasan saya mengapa saya sehingga kini mengenakan niqab. Menjadi lebih baik bukan bermakna mahu "lebih baik" dari orang lain. Tapi mahu lebih dekat hubungan dengan Allah. Pernahkah kalian tanyakan perasaan para niqabi ini saat mereka mengenakan "pakaian" itu? 

4. Kritikan keatas Niqabi.

Bahkan bermunculan pelbagai kritikan pedas terhadap para niqabi. Ya, saya tidak "back up" yang salah. Yang salah tetap salah. Niqab bukan fesyen. Sepertimana ada kritikan "pedas" terhadap wanita yang mengenakan tudung labuh, lelaki yang mengenakan jubah dan kopiah, begitu jugalah banyak kritikan yang dilemparkan kepada niqabi. Saya ingin menjawab beberapa soalan yang dilemparkan oleh beberapa sahabat di FB. Ia memang tidak sepenuhnya membantu, tetapi saya mencuba. 

1. Kenapa orang yang pakai purdah ne sombong, duduk dengan kumpulan die je?

Sebenarnya, mereka bukan sombong. Cuma mereka mempunyai rasa malu. Mampukah semua orang menerima seseorang yang memakai purdah secara terbuka? Kebanyakkan niqabi yang saya temui mereka peramah dan happy orangnya. Dekatilah mereka, jangan kalian tunggu mereka dekati kalian. Purdah bukan nilai tingginya iman seseorangkan? Bahkan boleh jadi seorang Muslimah yang berpakaian biasa tetapi menutup aurat dengan sempurna lebih baik ibadah dan akhlaknya dari seorang niqobi. Jika para niqobi tidak menegur kalian terlebih dahulu, pergilah bertemu dan bersalaman dengan mereka. Tahukah kalian, Rasulullah dan para sahabat berebut-rebut untuk mendahulukan salam. Siapa yang mendahulukan salam maka akan terbina baginya sebuah mahligai di syurga. So, jangan tunggu. Sebarkan salam kepada siapa saja. :)

2. Kenapa bila saya pandang orang pakai purdah ni dieorang tak balas pun pandangan saya? Sombongnye. 

Sekali lagi saya katakan, mereka bukan sombong, tapi bila mereka kenakan sehelai kain diwajah, maka secara tak langsung mereka perlu melihat ke bawah. Bersangka baiklah dengan saudaramu. Jika dia tidak membalas pandangan maka seperti mana yang saya katakan pada soalan 1, tegur mereka dan salam. Insha Allah salam anda akan dijawab dengan ramah. :)

3. Kalau pakai niqob, perlu ke letak gambar di FB? 

Tak dinafikan, gambar merupakan identiti pengenalan diri. Letaklah gambar yang seadanya. Yang tidak menonjol dan yang tidak menimbulkan fitnah. Biasa-biasa saya. Bukankah sederhana itu indah? :)

Setakat ini dulu saya menaip berkenaan dengan permasalahan niqob ini. Ketahuilah bahawa setiap perbuatan itu dimulakan dengan niat. Mari sama-sama pasang niat untuk mencari redha Allah. Insha Allah. Hidup dizaman pancaroba perlukan kesabaran dan keteguhan iman. Jangan mudah goyah dan putus asa! Innallaha maana! 

2 ulasan:

  1. betul tuh akk :(
    angah kena banyak belajar lagi ,
    dont judge the book by the cover
    itu perumpamaan yg paling tepat untuk hal ni :)
    angah harap kita akan mendapat keredhaan Allah setiap apa yg kita lakukan . AMEENN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah. apapun yang kita buat, redha Allah yang 1! :)

      Padam