Rabu, 15 Februari 2012

FOKUS!

Kita harus perbanyakkan muhasabah atas sebab hilangnya fokus diri.

Husna hilang kawalan. Dia hilang target asalnya datang ke Sri Lanka. Samada menjadi pelajar atau menjadi aktivis.

Pada tahun pertama dia terkenal dikalangan kawan-kawannya seorang yang sangat fokus dalam pelajaran. Setelah naik tahun kedua dia ditawarkan untuk menjawat jawatan dalam Badan Eksekutif Mahasiswa di fakultinya. Fokusnya untuk belajar mula terpecah.

Naik tahun ketiga Husna mula berkenalan dengan aktiviti yang lebih mencabar diluar kampus. Keasyikan dan keseronokkan beraktiviti menyebabkan fokusnya hilang. Dia lupa target asalnya datang ke Sri Lanka untuk belajar. Balik Malaysia bawa segulung ijazah.

Pelajaran tahun ketiganya hancur lebur, Husna tak mengalah. Dia cuba lagi namun kali ini dia sudah tidak dapat mengembalikan fokusnya seperti waktu mula-mula dia datang ke Sri Lanka.

Ibu dan ayah ternanti-nanti kepulangan Husna ke tanah air namun berita yang mereka terima menyumbatkan arteri mereka dan menyempitkan salurah pernafasan. Ijazah yang ditunggu dari anak satu-satunya tak kunjung tiba.

Harapan ibu dan ayah hancur musnah. Husna manatap nanar ke depan. Memikirkan masa depan. . .

-------------------------------------------------
Apa yang terbentang luas dihadapan mata belum tentu semuanya boleh kita lahap. Dunia terus berkembang. Ya, Allah sebutkan dalam al-Quran kehidupan dunia sebagai permainan dan senda gurau. Jadi apa fokus kita? Sudah pasti akhirat. Kehidupan hakiki dan abadi. 

Kejayaan untuk mencapai kehidupan yang hakiki dan sejati memerlukan fokus yang besar. Kita tahu apa target kita. Kita tahu apa yang perlu kita buat untuk mencapai target kita. Apapun yang datang kita tak boleh hilang kawalan. 

Cara mengendalikan fokus yang hilang.

1. Istighfar
2. Perbanyakkan mentaddabur al-Quran
3. Hindari maksiat
4. Tahu target
5. Usaha untuk mencapai target
6. Perbanykkan doa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan