Selasa, 6 September 2011

Mari Bina Kembali Tamadun Kita

Assalamualykum ikhwanie wa akhowatie fillah...

Bagaimana dengan aidulfitri anda? Mudah-mudahan barokah. Dipenuhi dengan warna-warni dan diselimuti dengan rahmat Allah swt.

Sahabat yang ana kasihi kerana Allah.

Mungkin, kita perlu dan harus sering diingatkan... kerana kita insan yang mudah lupa, dalam keasyikan kita merayakan kemenangan, jangan kita lupa pada kehilangan... ya... hakikatnya kita sedang mengalami kehilangan... kehilangan jati diri... Islam...

Semangat ramadan tak mungkin hilang kerana ia akan mekar dan segar dihati orang-orang mukmin yang beriman. Mari kita tingkatkan keimanan kita setiap hari. Mari kita saling kasih-mengasihani... saling menasihatkan antara satu sama lain.


Sahabat...

Mari kita rapatkan saff... bentuk kembali jalinan yang renggang. Rapatkan kembali barisan yang goyah... kemenangan hampir tiba... Jangan kita menjadi manusia yang ketinggalan, ketinggalan dalam meraih kemenangan.

Mari, kita bina kembali ketamadunan yang hampir runtuh. Umat islam adalam umat juara pertama. Tak mungkin kalah! Insha Allah dengan izinNya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan