Selasa, 11 Januari 2011

Mahasiswa; Nikmati Duniamu


Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh :)
Dah lama saya tinggalkan blog ini dengan keadaan bersawang dan bersemak. Asif jiddan! Sebenarnya banyak perkara yang perlu saya tulis dan share dengan sahabat semua. Namun untuk mengatur kata dan ayat sehingga ia layak untuk dibaca bukanlah perkara yang mudah. Namun perkara yang "tidak mudah" ini akan saya cuba laksanakan agar ilmu dan pengalaman dapat dikongsikan bersama dengan sahabat semua.


Dah baca artikel Suara Kampus: Solusi 27 > Cintai Mereka Apa Adanya? Apa tanggapan sahabat semua? Sudahkah kita mencintai ibu bapa kita dengan sepenuh hati? Apakah kita telah membalas jasa mereka dengan ikhlas? Hmm... dalam mencintai manusia, maka cinta kepada merekalah yang sangat-sangat utama. Setuju dengan saya? :)

Tinggal kurang dari sebulan saya akan menghadapi final exam. Tolong doakan kejayaan sahabat sahabat sekalian. Banyak yang perlu saya telaah dan pelajari kembali. Semoga semuanya sempat saya baca dan ulangkaji. Tak terasa, pasca kembalinya saya dari Indonesia, saya mengalami kehidupan mahasiswa sekali lagi di Malaysia. 2 kehidupan yang berbeza. Satu di Zon Bencana dan satu lagi di Zon Selesa. :) *saya berencana untuk menulis tentang zon selesa next artikel, insha Allah*

Sekalipun terlalu banyak perkara dalam kehidupan ini perlu saya kemas dan atur, saya akhirnya menyedari bahawa masa-masa sebagai mahasiswa akan saya nikmati 1 kali sahaja seumur hidup. Maksudnya, setelah peningkatan usia, maka kita akan berhadapan dengan fase yang lain, fase seorang isteri atau suami, seorang ibu atau atau ayah, bahkan fase sebagai mayat di dalam kubur dan fase seorang hamba berhadapan dengan Tuhannya! :)

Cabaran dan rintangan itu biasa... jika tidak kehidupan kita akan menjadi seperti susu basi. Masam tak bermakna. Kelat tak terkata.

Kerana itulah kita perlu menikmati dunia sebagai mahaiswa! TAPI! jaga-jagaaa.... nikmatnya jangan sampai bablas!! hehe.. bablas atau kata bahasa melayunya terlanjur. :) Nikmati duniamu dengan aturan yang telah Allah azzawajalla tetapkan! Jangan sekali-kali melanggar aturan yang telah ditetapkan, jika tidak?? Maka ada azab dan neraka yang menanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan