Ahad, 3 Oktober 2010

Solusi 25: Yang Lama Jangan Dilupakan



Meskipun zaman sekolah pondok dan madrasah hampir berlalu, masih banyak insan-insan yang ingin menuntut ilmu dan memperdalami ilmu agama. Jika kita mampu mengembalikan kegemilangan keilmuan Islam seperti di zaman Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah, maka kita akan melihat kelahiran tokoh-tokoh Islam terkemuka yang aka
n menjadi engineer tamadun. Zaman itu akan kembali, kegemilangan Islam akan menjadi hal yang digeruni oleh bangsa lain jika kita ingin belajar dari kesilapan dan kesalahan di masa lalu.


Kita patut bersyukur kepada Allah SWT atas hidayah yang datang ke bumi Nusantara ini. Jika tidak, mungkin kita tidak akan melihat ketama
dunan Islam berkembang di bumi bertuah pada saat ini. Lihatlah keindahan masjid yang dibina secara damai di Malaysia. Pelbagai bentuk dan rupa, dari yang tradisional hingga yang moden, dari kayu hingga kaca. Itu semua berkah dari dakwah Islam yang sampai ke Tanah Melayu. Nasib kita lebih baik dari nasib sebagian Muslim di negara-negara Eropah yang sering ditindas, bahkan untuk membina sebuah masjid sahaja boleh menjadi sebuah isu besar.

Bulan ini saja kecoh dengan demonstari di Amerika apabila Obama menyetujui pembinaan masjid di Zero Ground, tapak bekas bangunan WTC yang runtuh pada tahun 2001. Jadi, Ikhwah fillah… Hargailah sejarah… yang lama jangan dilupakan. Waalahua’lam bisshowab.

--------------------------------------------------------------------------

Jika ada masukan sila emailkan ke: ummusakinah@hotmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan