Isnin, 1 Mac 2010

Penduduk Paling Sehat Di Dunia?

Selama ini kita hanya mengetahui bahawa Gaza merupakan tanah yang penuh dengan penderitaan, peperangan, pembunuhan, kezaliman, mayat, darah dan air mata. Penderitaan penduduk Gaza memang tidak ada habisnya. Setiap detik, rakyat Gaza di selubungi rasa cemas. Roket dan peluru tentera Israel laknatullah mengintai mereka di manapun mereka berada. Hatta di rumah sendiri, sebuah tempat yang seharusnya menjadi tempat yang paling dan selamat bagi manusia sudah tidak aman lagi bagi mereka.

Itulah yang dirasai oleh penduduk Gaza saat ini sejak umat Islam kalah dalam Perang Salib, kegemilangan umat Islam sedikit demi sedikit sirna. Keruntuhan dinasti Abasiyah juga menyebabkan moral dan semangat umat Islam jatuh. Itulah hakikat yang harus kita terima. Berat telinga mendengar, berat lagi mereka yang merasakan. Kita kini hanya menjadi umat mejoriti tanpa kualiti.

Namun, di sebalik penderitaan rakyat Gaza yang tidak berkesudahan ini terselit berita gembira yang berhembus. Tidak berapa lama yang lalu, keluar sebuah artikel dari Zadalebad.com yang menyatakan bahawa pemduduk Gaza merupakan “Pusat Kesehatan Terbesar No.1 Di Dunia!” Subhanallah! Sangat menakjubkan! Masyarakat yang kelihatan sangat menderita ini menjadi kini merupakan masyarakat yang paling sehat. Apakah rahsia yang tersimpan disebalik semua ini? Tidak cukup makan dan minum, tempat tinggal yang sederhana, malah lebih banyak yang tinggal di runtuhan bangunan, udara yang sebati dengan bau belerang dan bahan kimia fosforus tidak membuatkan penduduk Gaza lemah jasadnya....

********

Mau tau ceritanya lebih lanjut? dapatkan SOLUSI ISU 17

(Dari Seberang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan