Jumaat, 20 April 2012

Saya bukan Syiah



Siang tadi saya menaiki sebuah teksi untuk ke KTM terdekat. Dalam teksi terjadi perbualan yang agak panjang dengan pak cik pemandu.

"Kamu belajar?"

"Tak lah pakcik, saya dah kerja."

"Oh. Kerja apa?"

"Kerja mengarang dengan syarikat penerbit."

"Oh. Bagus! Dengan *** ke?"

"Bukan. Itu terbitkan majalah *** kami terbitkan majalah Islam juga."

"Oh. Kamu asal mana?"

"Saya orang Selangor pakcik, lahir di Gombak. "

"Oh. Orang SYIAH ke? "

Glup. Saya telan air liur. 

"Eh, tak lah pakcik, saya Insha Allah, ahlussunah wal jamaah. "

"Oh. Bukan apa, dekat Gombak tukan ramai orang Syiah. "

Saya hanya tersenyum.

Beberapa saat lagi mahu tiba di KTM.

"Sejuk je mata ni tengok orang berpurdah. Tak ramai anak muda yang nak berpurdah. "

Kata si pak cik.

"Ya pak cik, tapi sekarang Alhamdulillah dah ramai yang mula terbuka untuk terima purdah." Sahut saya dengan senyum.

"Saya pakai pudah bukan sebab join mana-mana jemaah, tarekat atau kumpulan pak cik. Saya pakai purdah sebab macam orang yang mula-mula dia free hair, tak pakai tudung kemudian dia pakai tudung. Haa. Saya dari pakai tudung terdetik hati nak pakai purdah. Sebab tu lah pak cik. "

"Oh, ye ke. Bagus lah nak. Tak ramai orang muda buat. "

Akhirnya, saya sampai ke destinasi yang dituju.

****

Syiah = Purdah?

Tidak. Sebenarnya pak cik tu nak kan kepastian. Dia teruja dengan anak muda yang berpurdah, kemudian kebetulan saya pernah duduk di Gombak yang katanya ada markas Syiah disana. Wallahua'lam. Saya sendiri tak pernah menyerbu ke markas Syiah tersebut.

Pernah juga ada yang menegur,

"Kenapa pakai hitam-hitam? Macam Syiah. "

Glup!

Hehehe,

Kuat betul pengaruh Syiah dikalangan kita.

Apa kabar SYRIA? Sudah berapa syahid dan syahidah terkorban? (Maaf, out of topic) 

2 ulasan:

  1. gombak ? tempat saya duduk. betul ke markas syiah ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kata pak cik teksi tu seperti itulah. Sempat heboh juga hari tu.

      Padam